Follow Button
Dashboard Button
Back to top
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 11, 2013

Contest SEO Eridy & SEO for Dummies

http://aderakukeysah.blogspot.com/2013/12/contest-seo-eridy.html


          Whazzup guys, this gonna be my second entry about Contest SEO Eridy. I'm writing this post as i got lots of questions from my blog readers about SEO after they read my Contest SEO Eridy entry. So below are a simple explanation about SEO for those who have 0 understanding about it aka dummies..

SEO means Search Engine Optimization and it is the process of optimising a website so it has the best possible chance of being visible within the organic results of a search engine.

The organic or natural results of a search engine are those that are unpaid, the top results given as an answer to a query appear there (ex: Contest SEO Eridy) because the search engine deems them to be the best possible answers to your question.


organic vs ppc, seo result, serps rank, search engine, seo diagram, seo explanation, seo for beginners, what is seo, seo picture, contest seo eridy, about seo, how to increase seo, seo for dummies, online marketing strategy,


How to make my website has a higher SEO?

Someone who’s a recognized authority in a field tends to make more money than an amateur, wouldn’t you agree? Because an expert is more likely to be recommended by others and command higher prices, right? Can you imagine someone you consider an expert or authority in his field? What are some of the qualifications that make this person an expert in your eyes?

  • Years of experience in a field   * (age of website)
  • Recommendations from others   (number of inbound links from other related sites)
  • Endorsements from top industry experts   (quality links from other authoritative websites)
  • Depth, breadth, and quality of knowledge   (size of the website and amount of information found there) * Referring to

SEO is just like that. It’s the work that goes into making your website an authority in the eyes of search engines like Google, so that they will “recommend” it to its users, by ranking you higher than your competition.

The key areas that unlock the maximum SEO potential of any website can be divided into three which is:

  • Content
  • Accessibility
  • Usefulness

Content : Improving the content and experience offered to users of the site. There are many ways that content can be improved though generally speaking content should come from a reliable and credible source, be original, well presented and obviously meet the needs of the searcher.

Accessibility : Webmasters need to aim to have a website that is accessible to as many people as possible, independent of factors such as connection speed or device. A website that performs well and has as many entry points as possible naturally becomes more accessible. Search engines have now become very sophisticated in gathering and using data to judge the accessibility of websites and this can range from data taken through social media networks and even data related to the speed performance of the site over a period of time.

Usefulness : A website must satisfy the intent of a user. Careful research and analysis must be undertaken to understand what web users need and want to get out from a website and it must be provided to them as clearly as possible.

[ Source : John | Alexander ]


Still blurry? or if you guys easily get bored when it comes to reading text like me, 
you can just read SEO Man Comics below.. which is pretty kool and easily understandable :)


seo comic, seo diagram, seo explanation, seo for beginners, what is seo, seo cartoons, contest seo eridy, about seo, how to increase seo,

http://aderakukeysah.blogspot.com/2013/12/contest-seo-eridy.html

http://aderakukeysah.blogspot.com/2013/12/contest-seo-eridy.html

http://aderakukeysah.blogspot.com/2013/12/contest-seo-eridy.html


 As a conclusion, SEO involves writing pages that use keywords (ex: Contest SEO Eridy), 
words people use in searches, and securing links from other pages to show how important your 
page is compared to others. Links are votes and votes get your page rank at the good position in 
SERPs  (Search Engine Result Pages).


Simple Equation : Great Content + Quality Links = Search Engine Success!

Hoping that this entry will help SEO dummies aka beginners out there to get a rough ideas about SEO & for those who still didn't join this Contest SEO Eridy, you guys can clik >> HERE << to participate and stand a chance of winning a total cash prize of RM500!


P/s : This probably will be my last entry for this year due to real life commitments. So i would like to take this opportunity to wish a happy upcoming new year to all my lovely blog readers. May 2014 fulfill all its promise and may all your expectations be exceeded. Till then, Wassalam.. =)

Saturday, December 7, 2013

Contest SEO Eridy


Contest SEO Eridy, blog eridy, eridy.com, eridy dot com, siapa eridy, blog seo,


Salam Hujung Minggu Semua :) 

Nampak x banner cantik kat atas ni, macam hensem jer, macam poyoo jer.. macam one direction jerr.. So harini for the first time in my blogging life aku enter satu contest yang diberi nama Contest SEO Eridy. Siapa Eridy ni erk? Aku pun x tau sebab tuan punya blog ni agak mysterious persis Che Mat Gebu.. So korang anggap jelah dalam 5 hekor kumbang kat atas tu salah sekor daripadanya merupakan Eridy. Mungkin lepas ni lebih ramai penyertaan dari golongan hawa x pun mereka² yang baru lepas habis SPM muahaha.

Contest SEO Eridy ni telah dianjurkan oleh Eridy.com bertujuan untuk memperkenalkan blog baru beliau sekaligus menjadikan blog tersebut lebih cepat diindeks dan diranking oleh Google. Kalau korang tengok blog Eridy ni simple sesangat. Rasa macam baca coding PHP kat notepad laptop. Tension plak aku tetibe. Aku rasa si Eridy ni sure busy giler kan, thats why lah dia anjurkan Contest SEO Eridy ni & thats why jugalah aku tetibe jadi rajin tolong die buat banner kat atas tu weee.

Lebih poyo lagi, bila nak join Contest SEO Eridy ni baru aku terhegeh-hegeh nak pi google SEO tu amende..  (merenung ke jendela) .. im noob when it comes to SEO but i do know a little bit about it. Kalau x tau baik x payah jadi student IT ye dak. Contest SEO Eridy ni dah dapat beratus penyertaan x kiralah dari blogger newbie suam² kuku macam aku ni sampailah kepala blogger-blogger otai tahap yakuza bab² SEO nih.

Dah tu x reti-reti nak buat ayat macam ni ke :

 "Saya blogger baru, saya masuk Contest SEO Eridy ni just untuk timba pengalaman dan belajar mengenai SEO, x kisah pun menang ke x hehehe"

(padahal dalam hati waaa aku masuk ni sebab aku nak menang la wei! Kalau menang boleh le aku pi bayar bil Streamyx yang dah sebulan tertunggak tu)

Tapi hakikatnya,  tujuan utama aku masuk Contest SEO Eridy ni sebenarnya untuk lihat sejauh mana personal blog macam blog aku yang kurang nilai SEO nya ni boleh diindeks oleh Google. Menang or kalah belakang cerita, yang penting kita boleh belajar dan lihat bagaimana peranan SEO dalam menentukan kedudukan sesuatu blog dalam enjin carian seperti Google.

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy”. Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

Contest SEO Eridy ini juga akan berlangsung selama sebulan tetapi penyertaan akan ditutup pada hari Rabu 11/12/2013


 P/s : So kepada insan² bertuah yang dah terbaca entry ni bolehlah join Contest SEO Eridy ni yer untuk mempertingkatkan lagi tahap kesihatan blog anda teheee :)

Sunday, November 17, 2013

Bunuh Filem Melayu



jump building, killing , suicide


Fikiran menerawang. Kepala pusing.. mata merah.. yes im sick.. still. High fever, almost 5 days dah terlantar atas tilam.. melihat kipas siling berputar.. putaran menentang arah jam.. lifeless.. boringnyer rasaa.. should i just kill myself.. yes bunuh diri.. mati.. (if matilahkan) then?

hmmh.. nice poster, 2 insan x dikenali.. elok paras rupa, persis pensinetron dari seberang..wateva. Wei nak tengok citer ape ni. Citer omputih le apeke lagi.. Citer Kil ni baru keluar ko x nak tengok ke..Mat Salleh Celup tol, support lah sket filem melayu. Movie melayu ke tu?.. Yes Kil is Malay Movie. Bunuh Filem Melayu ada paham. Sorry la, aku kalau citer melayu ni ada takut sket nak tengok kat wayang, bukan apa.. risky haha.

Yes, sepanjang aku keluar masuk pawagam, seingat aku ade satu filem melayu je yang pernah aku tengok. Magika. Indah khabar dari rupa. Keluar panggung menyesal 3 tahun. Don't blame me ok, penniless student of courselah pelaburan dibuat pada yang terbaikkan. Anyway nice try KRU Studios coz ure the only malaysian movie production yang berani ambil risiko buat filem² macam tu.

Kepala masih pusing. Kil movie online..   ENTER!   Adalah tehee, thanks pak cik google!  I know it's kinda lame right. Filem keluar awal tahun aku tengok hujung tahun then siap nak buat review bagai haha, ada ke orang yang nak baca? entah² ko sorang je yang x tengok lagi.. phuiii. Persetankan semua itu #aderakukeysah


Kil, sebuah filem yang boleh dikategorikan sebagai indie urban love. Susah untuk aku labelkan filem Melayu sebagai best. Tapi filem ni lain, subdued and almost dignified. Jalan cerita unik. Sinematografi yang menarik. Lakonan bersahaja. Vintage, rasa macam tengak video kat instagram pulak. Buang ego dan mengaku yang filem ni best. Filem melayu yang best. Menyesal x tengok kat wayang dulu. MSC katanyer. POYO

Filem ni dilakonkan oleh Redza Minhat (x kenal tapi pernahlah dengar nama die before) & Cristina Suzanne (x pernah tau pun dia ni wujud) Sweet giler diorang dalam movie ni.. x ade pun nak jiwang² sangat. Sempoi je bercinta. Everytime they make a conversation, aku plak yang feeling dejavu.. rasa macam pernah lalui situasi yang sama.. maybe.. tapi entahlah.. Btw heroin filem ni cantikkan :) ade iras member sekelas aku si Aimy Khalid namanya. Rupa, style cakap.. semua samalah. Kembang seminggu kalau die baca ni. Berkat nama bapak die Khalid lah tu kan haha

Tapi kenapalah diorang berdua ni jarang nampak kat TV. Maybe sebab si Redza ni dah ada kerjaya tetap sebagai pegawai bank kot.. or maybe memilih watak.. insecure perhaps. Si Cristina ni pulak maybe selalu dapat tempahan buat kek lapis, x pun chocolate moist.. sesuka hati aku je kan. Pujian yang seterusnyanya harus diberikan kepada pengarah muda Nik Amir Mustapha kerana mampu memberi nafas baru kepada industri perfileman tanah air. Kil ni filem pertama arahan dia tuu, x lama lagi akan keluar filem arahannya yang kedua bertajuk Terbaik Dari Langit. Just can't wait to watch it. Kat bawah ni aku tepekkan poster filem tu. Muka memasing macam nak ambil gambar IC lol. Kepada yang x tengok lagi filem ni bolehlah layan full movie yang aku letakkan kat bawah tu ye. Happy Watching! :)


kil movie poster, malay movie, review kil movie, redza minhat, Cristina Suzanne Stockstill, Nik Amir Mustapha, kris cempaka

Sinopsis

Akil (KIL) adalah seorang lelaki muda yang tertekan dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri, tetapi dia tidak pernah berjaya untuk melakukannya. Cubaannya untuk membunuh diri sentiasa gagal sehingga dia menemui penyelesaian yang sempurna: agensi pembunuhan aneh yang membantu orang untuk membunuh diri. KIL bersetuju dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh syarikat tersebut. Pembunuhan akan dipelihara sebagai sulit. Dia tidak akan tahu maklumat tentang siapa pembunuhnya atau bila dia akan mati. Ini adalah ideal untuk KIL. Namun segalanya berubah apabila dia mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang  ditemuinya secara kebetulan, Zara. KIL mula was-was untuk mati.





Selain Bunuh Filem Melayu, dalam entry ni jugak aku nak cerita sikit mengenai filem/drama yang boleh Membunuh Pemikiran Orang Melayu. So aku nak sharekan sikit artikel yang telah ditulis oleh saudara Mizan Hashri di FB beliau. Bagi aku pendapat yang dia lontarkan dalam artikel tersebut sangat bernas. Actually dah lama benda ni terbuku dalam benak fikiran aku ni cuma x terluah je. Fikir-fikirkan dan Selamat Membaca :)


teduhan kasih, love u mr arrogant, playboy itu suami aku, drama melayu

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, wakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan. 

Antagonis menggoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korporat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000. 

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik. 

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton. 


Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini 
(dipilih secara rawak tanpa kronologi) :

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula :

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhtiar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan. 

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi. 
Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama TV Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak menggalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyuburkan budaya saintifik. 


Produktiviti

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka.
Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun. 
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.


Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja. 

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah.. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu menggunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi..


P/s : Dalam hidup ni memang kita tak dapat lari dari membuat pilihan.. moga pilihan yang aku buat ini merupakan pilihan yang tepat.. dan moga sakitku ini cepat sembuh hendakNya. Amin.. sobs

Sunday, October 20, 2013

New York Skin Solution Penipu!


crying, emo boy, sad moment, im fine, breakout, broke up, emo tumblr, sad tumblr


Nota Tersepit : Niat penulisan bukanlah untuk memburukkan sesiapa, hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman yang dilalui sendiri oleh penulis buat tatapan insan² innocent yang mungkin akan melalui perkara yang sama jika tidak diberitahu.. 

 Harini time aku tengah scroll² timeline FB tetiba terjumpa satu cerita mengenai New York Skin Solutions yang kawan aku share. Then bila baca cerita dalam entry tu.. sob sobs.. tetiba kan... 
teringat pulak satu peristiwa tak best yang pernah aku lalui time pergi kat situ dulu² + cerita dalam entry yang di share tu 70% sama dengan apa yang berlaku kat aku..


new york skin solution promotion, nyss, nyss penipu,rawatan nyss

          Al kisahnya dulu muka aku ni memang banyak gile jerawat batu, konkrit & segala macam spesis jerawat yang ade kat atas muka bumi ni semuanya ade kat atas muka aku. Sedih sangat ok. Semua ni start bila aku reach puberty lepas PMR. Makin lama makin teruk. Time tu kan budak skolah lagi, so financially miskinlah aku ni.. Semuanya mengharapkan fulus parents + biasiswa.. Pendekkan cerita dah macam² produk aku try semuanya ke laut. Rawatan tradisional dari asap sampai ke lipas tanah semua aku dah buat, tapi maintain jenglot je muka aku ni. Masa tu New York Skin Solutions (NYSS) ni memang tengah meletop. Setiap 10 minit iklan dia keluar kat TV3, sabojelah & at that time ada satu program ni ape ntah tajuknye pengacaranya si Dynas & Arash kalau aku x silap. Masa tengok program ni lah aku terpengaruh untuk pergi ke NYSS ni sebab testimony yang ditunjukkan terbaik + orang yang dijemput dalam program tu pun student macam aku. Siap ade drama pendek lagi tunjukkan perempuan tu nangis dalam toilet, malu nak jumpa dengan member die sebab banyak jerawat.. plastik sangat. Di akhir program dia ade bagitau yang NYSS tengah buat promotion FREE TREATMENT + TRIAL SET untuk semua customer baru. Time tu mata aku dah bersinar-sinar (dalam kepala otak dah set esok nak pi)


new york skin solutions malaysia, nyss branch, cawangan new york skin solutions

          So esoknya aku pun pergilah kan. Segan giler actually coz aku x pernah masuk tempat² macam tu + time tu aku sorang je lelaki, keliling semuanya mak datin dan kak datin yang nampak macam berlagak tapi cantik haha. Aku pun pergilah kat kaunter cakap nak buat free treatment promotion pastu die suruh tunggu. Then ahmoi cantik pun panggil aku masuk untuk buat analisis kulit katanyer. Die pun sekolahkanlah aku jap pasal muka aku ni teruk ape jadah semua tu then tunjukkan testimony customer yang datang kat situ (x delah segempak macam dalam TV). Then aku ternampak testimony seorang lelaki yang kulit die agak teruk macam aku. Aku pun tanya berapa kos laki tu bayar untuk recover. Ahmoi tu cakap that guy dah buat lebih dari 10 kali treatment kos nyer nak dekat 10K.
(WTF man.. 10 hengget aku adalah)

           After buat analisis kulit tu aku pun cakaplah aku datang nak buat free treatment je, then die bisik dengan member die pastu tetibe ramai plak ahmoi datang kerumun aku ceritakan betapa perlunya aku buat treatment kat situ. Ciskek tol. Aku ni ade masalah x suke dengar perempuan membebel so aku iyakan ajelah. Treatment yang kononnya free tu rupanya kene bayar.. beratus ok! Aku tetibe plak bleh jadi pak turut & pergi buat treatment tu, dalam setengah jam jugaklah muke aku ni dikerjakan.

          Bila dah habis kepala aku agak tingtong sket sebab muka aku tengah sakitkan. Then proceed pergi kaunter time ni pengurus die dah ade kat depan get ready nak pujuk aku untuk beli produk muka pulak. Pastu aku cakaplah aku x nak sebab treatment tadi pun dah beratus. Then die pujuk cakap kalau x beli muka x baiklah, kene pakai satu set baru berhasil bla bla bla. Then die panggil semua staff die untuk sekolah kan aku balik. Kebabian apakah ini.. Pastu boleh plak die cakap "adik muka u tu teruk sangatlah, malulah sikit kalau orang semua tengok sama u" then ahmoi yang lain² semua jawab "YA LORHH" secara beramai-ramai! Time ni aku rasa down giler.. sedih sangat tau.. dah lah time tu muke aku double teruk lepas buat treatment tu. Pujuk punya pujuk akhirnya aku pun belilah skali set produk NYSS tu.. demmm

nyss facial set, set muka new york skin solutions
Beli produk NYSS yang beg color biru tu baru dapat free trial set yang beg kecil tu.. nampak x permainannya

          Perlu diingatkan time ni aku belasan tahun lagi, noob & x matang, kalau sekarang dah je aku sekolahkan diorang tu semua balik sebelum berambus keluar tanpa membayar sesen haram pun. Ok sambung citer tadi, then time nak bayar tu aku bagitau duit aku dalam dompet tak sampai seratus. Pengurus yang muka bajet ayu tadi terus jadi ketat, dah macam setan betina citer power rangers plak aku tengok. Pastu die startlah tanya aku ade kad bank ke x, credit card? guna akaun ape bla bla bla...


power rangers movies, evil power rangers

          Aku pun tanyalah berapa ratus actually total treatment & produk tu semua, dia kata RM500++.. WTF! *__* Pastu aku bagi je kad bank aku sebab malas nak panjangkan citer + meluat tengok muka diorang. Happy je pengurus tu swipekan kad aku, siot tol. Ikutkan nak je aku swipekan kad tu balik kat muka die kasi calar-balar lol. Bila dah settle payment muka pengurus & staff tu semua ceria balik. Time tu muka aku pulak yang ketat sebab dah pokai haha. Semenjak hari tu almost every month (in fact sampai sekarang) aku dapat call dari NYSS untuk buat appointment tapi aku x layan sebab dah serik. Pisang x kan berbuah dua kali ok! Diorg siap call guna no yg berlainan, nak kasi aku x dapat detect lah tu, nakharom tol! Nyesal den pi bagi no tepon kat malaun tu sume. Btw, produk yang aku beli kat NYSS tu aku pakai beberapa kali je sebab x berkesan sebelum dengan selambanya aku campakkan keluar melalui tingkap bilik asrama.

          Nasihat aku kepada adik² di luar sana yang mengalami masalah yang sama, tak payahlah terpengaruh & pergi tempat² rawatan muka mengarut macam kat atas ni. Diorg ni claim nak bantu atasi masalah kulit tapi hakikatnya bantu memufliskan pelanggan adalah. It's up to you actually, kalau korang tu memang banyak duit sesuailah kot pergi tempat macam ni. Buat beberapa kali treatment, habis riban², hasil x nampak 
then feeling Paris Hilton.



          Untuk bagi gambaran masalah jerawat aku masa dulu kat korang, aku tepekkan pic kat atas ni. Jangan ade yang muntah pulak. Pic innocent ni diambil menggunakan kamera handset touchscreen pertama aku, Nokia Express music (handset tu dah jahanam masuk dalam mesin basuh). Time ni muka aku dah 50% baik ok.. So imagine jelah my face yang sebelumnya... fengsan..

InsyaAllah kalau ada masa aku akan buat entry My Severe Acne Story untuk kongsikan kat korang dengan lebih detail lagi amende yang aku duk makan watsoeva untuk overcome masalah jerawat aku yang teruk giler ni and transforming myself from 0 to Hero.. So stay tunee! XD


Kat bawah ni merupakan cerita seorang blogger yang kawan aku sharekan kat FB : 

          Nak story sket pengalaman temankan my younger sis pegi New York Skincare Solution (NYSS). My lil sis, Nurul gatal tangan sms ke NYSS for free facial trial and free travel kit. So one of NYSS's staff called her and after some chit chatting and after Nurul confirmed with her that there will be no hidden charges or she doesn't have to sign up with any of the packages, that fella sets an appointment for her last friday at NYSS Mid Valley Megamall.

          So here goes, when we arrived there around 1 pm, her name wasn't in the appointment list. So that's fine with us as it was a free facial. Owh... lupa nak bagitau, masa tgh tunggu nak fill up forms tu Nurul bagitau yang dia tu student. We realized that staff dkt situ semua buat muka tak puas hati bila dengar she is a student. Berbalik pada cerita tadi. After she fill up the forms and so on and after we were given some explanation which I can assure you semua tu tipu belaka, the FREE FACIAL treatment started. I thought kalau service dia bagus, I myself pun nak sign up for the treatment. Maklumla NYSS kan masuk paper, tv commercials and so on...

          As I were waiting for her to finish, aku tengok, bagus la everybody yang dtg for free treatment semua sign up for the package. Aku pun macam kagum, mesti bagus treatment and service dia. Lepas kagum² tu dan lepas jln² kat dlm MV, Nurul pun call bagitau dah siap treatment. So aku pun pegi la. Dia cakap best jugakla facial sebab dia pun mmg x penah buat facial, so pada dia dah best gile la. Sementara tunggu turn utk discan balik muka dia tu, aku bisik² la kat Nurul, gile la semua consultant dia bila keluar je dari dari consultation room mesti bwk keluar duit at leats pun RM 50. Yang kitorg ni takde plan pun nak amek package apa² coz kitorg bwk RM 50 je that day. Bila sampai turn kitorg je dia pun scan muka adik aku balik which I know semua tu tipu gak. Bagi penerangan apa ke jadah semua dan bagitau harga package dia which RM 280 per session! My sister needs 20 sessions to make her face looks beautiful.... Wahhhhh... cuba you guys darabkan RM 280 dgn 20 session. Lepas tu ckpla yg mereka akan bagi mask free which cost RM 90, ultrasound free worth RM 50 and so on sampai ckp 1 treatment sebenarnya berharga RM 500! Tapi kalau sign up sekarang RM 280 je. Padahal benda² yg dia ckp tu dah masuk dalam RM 280 tu je.

RM 280 x 20 = RM 5 600

Dia minta half for the deposit :

RM 5 600 / 2 = RM 2 800

Kitorg ckp la too expensive lagipun Nurul student lagi. So let her discuss with our mum first before we sign up. Consultant tu pun bagi lagi satu package for 10 sessions.

RM 280 x 10 = RM 2 800

Deposit half of it :

RM 2 800 / 2 = RM 1 400

Kitorg still refuse to sign up. Sebab kitorg takde duit masa tu! Dia pun panggil la sorang lagi consultant, she introduced herself as CARMEN. Dia pok pek pok pek dgn kitorg. Aku pun dah rasa tak selesa coz tgh marah sgt. Aku takut la bleeding sebab dulu penah sekali aku marah org sampai kuar darah. All I care now is to get out of there. Sebab aku betul² tak puas hati dgn service yang PAKSA - PAKSA org ni. Carmen tu bagi pakej utk 5 session pulak.

RM 280 x 5 = RM 1 400

Deposit half :

RM 1 400 / 2 = RM 700

Kitorg refuse lagi. I stressed out to them let Nurul discuss with our mum first! And then diorg ckp dkt sini ada rules & regulations. Semua customer who come for free trial MUST sign up for their package! Nurul cakap, your consultant tak cakap pun masa telefon because she already asked about that! Aku lagi angin bila dengar. Aku cakap kitorg x nak sign up apa² pun. Then CARMEN tu keluar, masuk sorang lagi. Tak reti nak introduce diri sendiri terus attack my sis and I. She said something like this,

"Siapa yang buat facial tadi? You?" she pointed at me. Aku geleng and pointed to Nurul. She said "You?" Nurul angguk. "Then I will talk to you only. I won't talk to you. You can keep quiet" sambil tangan dia suruh aku diam. Kurang ajar punya org. Dia pok pek pok pek to my sis and reduce the package to 3 session dengan home product which kitorg tau yg dia akan suruh tambah lagi session and pay another price for the product sooner or later. Talking about tactics...

RM 280 x 3 = RM 840

Half of it :

RM 840 / 2 = RM 420

Kitorg still refuse sebab kitorg memang TAK NAK! Plus TAK ADA DUIT! My sis cakap kalau bayar monthly maybe dia mampu but with the unreasonable price memang dia tau dia tak mampu. Sekali treatment pun tak mampu. Elaun dia belajar RM 600 sebulan sebab dia nursing student, buku² lagi and ada few lagi yuran² nak kena bayar end of this month lagi. She explained to them. And then boleh minah tu cakap, "You pakai akaun apa?" "Maybank" Nurul answered. "Then kita boleh deduct from your account for deposit". Nurul cakap dalam akaun dia ada RM 50 je. Minah Cina tu ckp "You bayar RM 50 dulu la. Lepas tu you discuss dgn mama you, bayar balance la. You cakap dgn I you ingat your mama akan bagi you buat treatment ka dgn harga mcm ni. I guarantee la your mom takkan bagi". Celaka.

Ini boleh mendatangkan marah. RM 50 adik aku tu pun dia nak kebas.

Aku cakap "kitorg tak minat nak ambil package you. Plus kalau I ada duit skrg ni pun. I won't pay for her here. I rather pay for her at DermaGenesis or Klinik Ayu Jelita. I have experiance pergi buat face and body treatment. You name it. TCA, Pixel, MDB, Lipo semua I pernah try before I got married".

"Parent you bayar ke abg you yg bayar? Kalau pernah buat kenapa muka you tak cantik? Kenapa badan you gemuk?" she said.

Aku balas balik "This is because I'm pregnant!".

Dgn sinisnya dia cakap "You pregnant before you kawin?".

Aku balas "Don't be ridiculous. Of course I'm married. I gemuk because I'm pregnant. I look like this because I'm pregnant. I've got pimples because of my hormones. Everything I buat before I got married. For the wedding. I pergi 2 tempat tu, consultant sana beri masa utk discuss with parent and to think about it. And guess what my parent agreed. So I don't think my parent are so typical about this. Plus the price lebih reasonable and result guaranteed. Dengan you setakat facial treatment, sampai RM 50 pun nak kebas".

Masa tu aku dah pegang perut coz it hurts a little bit. Minah cina tu tanya lagi "You pegi mana?". " DermaGenesis and Ayu Jelita" I replied. Dia tak mau mengalah jugak "Then why don't you bring her there?" " I will. I like the service + the treatment. Kat sana takde PAKSA - PAKSA punye service. Affordable". Dia senyap. "Okay la, you balik discuss with your mama. Esok you datang bawa your mama. I bagi your mama free facial. Tapi your mom je. Your sister tak boleh" she pointed at me again!

"Okay" my sis replied walaupun dalam hati dah berjanji takkan jejakkan kaki kat dalam New York Skin Solution tu lagi. Dengan penuh sakit hati aku berkata dalam hati "I wouldn't recommend you to my friends. Your service sucks!" Kitorg keluar dari premis dia dgn tangan kosong. Mana ada dapat free travel kit tu. Penipu! Walaupun kitorg tau, kitorg MESTI kena kutuk dengan diorg. We don't care. At least kitorg boleh sebarkan kat org lain mcm mana diorg ni menipu pelanggan.

Story Credit to : eddida.blogspot.com ]

>> UPDATE: Slimming Sanctuary Penipu! <<


P/s : Lama giler x update blogkan, so entry pun panjang kemainlah haha. Btw this weekend is my Graduation Day, can't wait to see all my friends teheee XD